❤️ 4 TIPS MEMBENTUK ADAB ANAK-ANAK SUPAYA MENJADI ANAK YANG SUPERB ❤️
1- Didik anak melaksanakan arahan dengan segera.
Dalam mendidik anak, kita perlu menggunakan body language/sign language (selain arahan dengan kata-kata). Ajar anak jangan bertangguh, apabila dapat arahan terus laksanakan. Apabila anak-anak sudah siap laksanakan arahan tersebut, kita perlu beri maklum balas atau pujian atau check sudah siap atau belum. Dalam memberi arahan ini, jangan terlalu banyak beri arahan dalam satu masa (terutamanya anak lelaki).
2- Didik anak supaya meminta izin.
Cth sebelum keluar rumah dll. Budayakan meminta izin. (buat isyarat tangan untuk meminta izin).
3- Didik anak supaya berfikir sebelum buat/cakap.
Kekadang ibu bapa tahu mereka cakap sebelum fikir. Think before you speak/before you do. Fikir dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan. Apa yang perlu fikir sebelum cakap? Halal atau tidak apa yang saya ingin cakap ini? Perlu atau tidak atau belum sesuai masanya? Ajar anak-anak cara untuk membuat keputusan yang bijak.
4- Didik anak supaya sentiasa menggembirakan ibu ayah.
Gembirakan ibu bapa seolahnya menggembirakan Allah dan Rasulnya. Kisah Juraij, ibu beliau memangil beliau sehingga 3 kali tetapi dia tidak menjawab kerana sedang solat sunat. Ibu beliau tidak gembira sehinggakan mengeluarkan kata-kata yang tidak elok, dan perkara tersebut benar-benar terjadi dalam hidupnya.
(Dr Azma Mahmood, Sembang Didik Membentuk Adab Anak Superb, 12 Mei 2020)
Friday, 29 May 2020
❤️ 4 TIPS MEMBENTUK ADAB ANAK-ANAK SUPAYA MENJADI ANAK YANG SUPERB ❤️
kbfm chatting group
Get your own Chat Box! Go Large!
radio kotabeludfm
xat radio player
Can't hear anything? Please try one of the player links.
Winamp/iTunes
Windows Media Player
Real Player
xat radio player
0 comments:
Post a Comment