Saturday, 28 May 2011

APA ITU PROGRAM LINUS?

LINUS: Literacy And Numeracy ScreeningNational Key Result Areas (NKRA’s)KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikut pendidikan rendah menjelang 2012. Program ini mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggunajawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan nemerasi di kalangan murid sekolah rendah.

Program LINUS – Numerasi: operasi asas matematik digubal khusus bagi menangani masalah yang dihadapi murid dalam menguasai kemahiran asa mengira serta memahami idea matimatik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

Kandungan program telah dipilih dan disusun supaya dapat memberi pengalaman yang cukup kepada murid untuk membina asas yang kukuh dalam membuat pengiraan dan seterusnya membolehkan mereka mengikuti pembelajaran matematik dengan lebih bermakna dan berkesan.


Rasional Program LINUS.
Masalah murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran yang masih belum menguasai kemahiran asas 3M dengan baik belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program pemulihan. Antaranya:

1. Program KIA2M untuk murid Tahun 1 yang mula dilaksanakan pada tahun 2006.
2. Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas di sekolah masing-masing.
3. Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk murid Tahap 2.
4. PROTIM selepas UPSR.

KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah literasi dan numerasi dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap1. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.


Strategi Pelaksanaan LINUS di Sekolah.
Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK. Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun, iaitu: Saringan 1 (Mac), Saringan 2 (Jun), Saringan 3 (September).

Semua murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap tahun. Program ini dikendalikan oleh guru BM, Matematik dan Pemulihan. Instrumen dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI, BC-BI dan BT-BI.

0 comments:

Post a Comment

kbfm chatting group


Get your own Chat Box! Go Large!
radio kotabeludfm

xat radio player
Can't hear anything? Please try one of the player links. Play stream in WinampWinamp/iTunes Play stream in Windows Media PlayerWindows Media Player Play stream in Real PlayerReal Player

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites