Saturday 28 May 2011

PENGUNAAN BAHAN SOKONGAN “MODUL BIJAK NOMBOR” DALAM PROGRAM LINUS NUMERASI BAGI TAHUN 2011

Kepada semua Guru

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Unit Matematik Rendah, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah telah berjaya menerbitkan Modul Bijak Nombor Edisi Kedua, Matematik Sekolah Rendah Tahap 1. Bahan “Modul Bijak Nombor” ini boleh digunakan sebagai bahan sokongan untuk murid LINUS Tegar dan Pemulihan LINUS yang mengikuti Program LINUS di sekolah rendah bagi tahun 2011.

Sehubungan dengan itu, pihak tuan perlu memastikan pelaksanaan penggunaan bahan sokongan ini kepada Guru-Guru LINUS Numerasi sebagai satu inisiatif bahan bantu pengajaran dan pembelajaran dan kerja rumah terancang dalam Program LINUS Numerasi bagi mencapai 100% Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam Program LINUS 2011.




Pengenalan modul
1. Modul ini disediakan khas untuk murid-murid Tahun 1 yang belum menguasai kemahiran asas Matematik Tahun 1.
2. Guru hendaklah mengajar konsep Matematik mengikut kemahiran setiap topik dan menggunakan modul ini sebagai panduan.
3. Modul ini dibahagi kepada 3 bahagian mengikut tahap kesukaran iaitu :

3.1 Bahagian A : Soalan Kemahiran Lisan.

3.2 Bahagian B : Soalan Kemahiran Menulis.

3.3 Bahagian C : Soalan Kemahiran Operasi / Mengira.


credit to linusppdkinabatangan

0 comments:

Post a Comment

kbfm chatting group


Get your own Chat Box! Go Large!
radio kotabeludfm

xat radio player
Can't hear anything? Please try one of the player links. Play stream in WinampWinamp/iTunes Play stream in Windows Media PlayerWindows Media Player Play stream in Real PlayerReal Player

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites