Kepada,
Semua Guru Besar
SK ____________________________
kudat.
(Tindakan: Penyelaras LINUS Sekolah)
Adalah dimaklumkan bahawa Pra Saringan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) bagi tahun 2011 akan dijalankan mengikut perancangan yang telah dibuat. Oleh itu, Unit Pengurusan Akademik (LINUS) merupakan ‘ownership’ kepada pelaksanaan Program LINUS, perlu memastikan proses Saringan ini berjalan dengan lancar mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Sehubungan dengan itu, pihak tuan hendaklah mendapatkan salinan Instrumen Pra Saringan 2 (Tahun 1) dan Pra Saringan 5 (Tahun 2) bagi Komponen Bertulis Program Literasi dan Numerasi (LINUS) di Unit Pengurusan Akademik (LINUS) melalui En. Amly Bin Ali Amat atau En. Azlan Bin Dasran untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.
Pelaksanaan Pra Saringan (Komponen Bertulis) hendaklah berpandukan manual yang telah disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Data Pra Saringan hendaklah dihantar dengan menggunakan borang data saringan dan dihantar pada atau sebelum17 Jun 2011 yang telah disahkan oleh Guru Besar.
Kerjasama dan tindakan pihak tuan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
credit to linusppdkinabatangan
0 comments:
Post a Comment